Friday, March 26, 2010

New Life of New Year-2010

Telah pun kita menjelang tahun 2010...
Telah pun saya menjadi pelajar tingkatan 4...
Telah pun saya berada di SMK Bukit Gambir selama tiga tahun...
Tahun ini tahun keempat saya berada di sini...
Tahniah bahawa saya telah berjaya masuk aliran sains...

Selepas saya masuk tingkatan empat,barulah saya tahu apa itu kerja rumah yang tak dapat disiap-siapkan.Kerja rumah macam tak habis-habis punya.Sedih+Penat+Sibuk=???(tak dapat dicakap melalui perkataan)Kalau dapat siapkan kerja-kerja rumah yang begitu banyak,cikgu akan beranggap bahawa kamu adalah pelajar yang rajin.Kalau tidak,cikgu akan siapkan awak!!!

"kiri,kiri,kiri kanan kiri..."Itulah kehidupan saya pada permulaan tahun ini.Tiap-tiap hari,selepas waktu belajar,saya dan kawan saya perlu tinggal dekat sekolah(untuk latihan kawad kaki)sampai pukul lima petang lebih baru balik ke rumah masing-masing.Sesampai ke kedai mak saya,saya perlu menyiapkan kerja saya seperti menyapu lantai,mengelap lantai,mencuci cawan dan lain-lain lagi sebelum saya pulang ke rumah saya.Selepas mandi dan makan,masa sudah sampai pukul tujuh malam lebih...Masa inilah baru saya dapat mulai membuatkan kerja rumah.Kalau saya tak dapat siapkan kerja rumah,saya pun terpaksa tidak tidur untuk menyiapkan mereka lagi.

Finally,hari sukan sekolah saya telah lalui.Saya ingat beban saya telah menjadi ringan sikit...Siapa tahu selepas hari sukan,kerja rumah yang dibagikan oleh cikgu pun menjadi semakin banyak...Pada masa yang sama,kesihatan mak saya telah muncul sedikit masalah...
Betapa bertuahnya saya ini!!!Tuhan telah memberikan ujian yang begitu mencabar kepada saya...Inilah masa untuk saya menunjukkan ketabahan dan keberanian saya terhadap Tuhan...Pada pendapat saya,cabaran ini akan menjadi pengalaman yang baik bagi saya pada masa hadapan.Jadi,saya akan menghadapi cabaran ini dengan hati yang tabah dan pemikiran yang positif.Semoga saya dapat mengalami kesukaran ini dengan lancar...

Begitulah akhirnya esei saya pada hari ini...Semoga ibu saya dapat cepat pulih...
Dan saya akan meneruskan usaha saya lagi dalam pelajaran saya...
Keep it up!!!Never say die!!!Jia You!!!